[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 24 Mac – Prihatin terhadap petugas di barisan hadapan yang berkorban dalam menangani wabak covid-19, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyampaikan bantuan makanan kepada Klinik Kesihatan Seksyen 7, pada 24 Mac

Agihan bantuan ini diuruskan oleh anak syarikat MAIS iaitu Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd (TERAS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)

Bantuan yang disalurkan ini bertujuan meringankan bebanan semua pihak terutamanya barisan hadapan yang banyak berkorban dalam menangani penularan wabak Covid-19.

Bantuan disumbangkan kepada 80 petugas terdiri daripada jururawat dan doktor membabitkan seramai 50 orang petugas di sebelah siang dan 30 orang petugas di sebelah malam.

Agihan bantuan ini diuruskan oleh anak syarikat MAIS iaitu TERAS dan YIDE.

Terdahulu, MAIS telah pun selesai mengagihkan bantuan makanan kepada sembilan hospital dan sepuluh pusat kesihatan daerah Negeri Selangor melalui sumbangan wang baitulmal MAIS.

Kepada anda semua yang turut sama ingin menyumbang kepada mereka yang memerlukan kesan daripada Covid-19 ini, bolehlah menyalurkan sumbangan anda terus ke http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui pindahan wang ke no. akaun 12038010134961, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan:Tabung sumbangan Covid19).

Marilah kita bersama terus membantu barisan hadapan dan mereka yang banyak berkorban dalam menangani Covid-19.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3078″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3079″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor