[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 24 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus menyampaikan bantuan dan sumbangan makanan hasil Tabung Prihatin Covid-19 MAIS kepada petugas Ibu Pejabat Polis Seksyen 9 pada 24 Mac.

Sumbangan makanan ini bertujuan meringankan bebanan semua pihak terutamanya barisan hadapan yang banyak berkorban dalam menangani penularan wabak Covid-19.

Bantuan yang disalurkan itu diagihkan kepada 70 orang anggota polis membabitkan seramai 15 orang anggota polis yang bertugas di bilik kawalan 24 jam.

MAIS juga turut memberi sumbangan makanan kepada 55 orang anggota polis yang bertugas di kawasan sekatan jalan raya bagi mengawal pergerakan orang awam sepanjang tempoh perintah kawalan oleh pihak kerajaan.

Agihan bantuan ini diuruskan oleh anak syarikat MAIS iaitu TERAS dan YIDE.

Terdahulu, MAIS telah pun selesai mengagihkan bantuan makanan kepada sembilan hospital dan sepuluh pusat kesihatan daerah Negeri Selangor melalui sumbangan wang baitulmal MAIS.

Kepada anda semua yang turut sama ingin menyumbang kepada mereka yang memerlukan kesan daripada Covid-19 ini, bolehlah menyalurkan sumbangan anda terus ke http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui pindahan wang ke no. akaun 12038010134961, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan:Tabung sumbangan Covid19).

Marilah kita bersama terus membantu barisan hadapan dan mereka yang banyak berkorban dalam menangani Covid-19.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3084″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3086″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3085″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3087″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor