[vc_row][vc_column][vc_column_text]KUALA LUMPUR 3 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengagihkan makanan basah sebanyak 272kg ayam dan 144kg ikan kepada tujuh buah rumah kebajikan anak yatim di bawah seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Sumbangan makanan basah itu disalurkan menerusi hasil kutipan wang sumbangan orang ramai melalui Tabung Prihatin Covid-19 MAIS kepada mereka yang memerlukan terutama berkaitan kebajikan anak yatim susulan penularan Covid-19.

Menerusi bantuan ini juga adalah sebahagian tanggungjawab MAIS melalui YIDE bagi menyantuni anak yatim yang terkesan dengan penularan Covid-19.

Rumah kebajikan anak yatim yang menerima sumbangan ialah Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash Shakur (PEKEAS), Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Rumah Kasih Harmoni dan Rumah Anak Yatim Raudhatul Al Faeez.

Turut menerima sumbangan adalah Rumah Anak Yatim dan Al Hidayah Al Hijrah, Pertubuhan Rumah Jalinan Kasih Anak Anak Yatim Miskin Wilayah Selangor dan Rumah Amal Baitul Kasih.

Dalam perkembangan yang sama, syarikat Central Sugar Refinery (CSR) turut menyumbangkan sebanyak 192kg gula untuk diagihkan kepada rumah kebajikan ini.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada mereka yang memerlukan kesan daripada Covid-19 ini, bolehlah menyalurkan sumbangan anda terus ke http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui pindahan wang ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) (12038010134961) atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan:Tabung Sumbangan Covid19).[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3136″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3134″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3135″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor