[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 1 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan bantuan menerusi Tabung Prihatin Covid-19 sebanyak RM71,740 kepada barisan hadapan dan pihak yang memerlukan susulan penularan wabak Covid-19 sejak 18 Mac yang lalu.

Menerusi jumlah agihan tersebut, MAIS telah menyalurkan bantuan berupa makanan kering, barangan keperluan perubatan, dan barangan keperluan am kepada pihak yang memerlukan.

Sumbangan menerusi Tabung Prihatin ini bertujuan meringankan bebanan terutama barisan hadapan dan pihak yang memerlukan kesan daripada penularan Covid-19.

Sebanyak sembilan hospital di negeri ini dan 10 Pusat Kesihatan Daerah (PKD) telah menerima bantuan menerusi Tabung Prihatin Covid-19 MAIS.

MAIS juga turut mengagihkan bantuan kepada Ibu Pejabat PDRM Shah Alam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Rumah Anak Yatim dan Pusat Darul Islah Rohingya, Ampang.

Usaha yang dilaksanakan ini diuruskan oleh MAIS dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn.Bhd (TERAS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada mereka yang memerlukan kesan daripada Covid-19 ini, bolehlah menyalurkan sumbangan anda terus ke http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui pindahan wang ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) (12038010134961) atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan:Tabung sumbangan Covid19).[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3130″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor