[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 3 April – Kami di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendapat berita berkaitan penduduk di Pangsapuri Ken Rimba Jaya, Shah Alam yang terputus bekalan makanan. Berita ini pastinya menghibakan di kala Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini. Hasil perbincangan bersama Adab Youth Garage (AYG) bantuan ini mereka uruskan penghantaran dan pengagihannya menggunakan wang kutipan Tabung Prihatin Covid-19 MAIS.

Alhamdulillah, pada 3 April 2020 bantuan makanan kering diterima oleh 100 keluarga di PPR Ken Rimba yang terjejas kesan dari perintah PKP.

Jumlah bantuan yang disalurkan daripada Tabung Prihatin Covid-19 MAIS ini adalah sebanyak RM5,000 meliputi makanan kering seperti beras, tepung, gula dan sebagainya.

Pastinya tidak henti ucapan terima kasih dilafazkan oleh mereka yang menerima sumbangan.

Terima kasih kepada penyumbang Tabung Perihatin Covid-19 MAIS. Sumbangan anda terus kami salurkan kepada mereka yang memerlukan.

AYG merupakan sebuah pusat interaktif belia yang mengfokuskan kepada aktiviti pembangunan belia dan masyarakat setempat.

Orang ramai yang ingin bersama menyumbang kepada mereka yang memerlukan kesan daripada Covid-19 ini, bolehlah terus ke link http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui pindahan wang ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) (12038010134961) atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan:Tabung sumbangan Covid19).[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3151″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3153″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3152″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3154″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor