[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 3 April – Sumbangan Tabung Prihatin Covid-19 Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) diteruskan dengan mengagihkan bantuan kepada barisan hadapan. Makanan kering seperti air kotak dan roti diagihkan kepada warga kerja hospital. Dapatlah mereka mengalas perut dalam kesibukkan bekerja menguruskan pesakit Covid-19.

Bantuan kali ini disalurkan kepada sembilan hospital utama di Negeri Selangor termasuk Hospital Sg. Buloh, Hospital PPUITM, Hospital Shah Alam dan Hospital Klang.

Inilah hasil Tabung Prihatin Covid-19 Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang sahabat semua sumbangkan. Dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), kami salurkan terus kepada barisan hadapan dan mereka yang terkesan dengan Covid-19 ini.

Sumbangan anda walaupun nilainya seminimum RM10, sangat bermakna bagi penerima.

Teruskan menyumbang bersama Tabung Prihatin Covid-19 MAIS. Wang yang terkumpul semakin susut. Ianya perlu dikumpulkan lagi untuk perjuangan membantu ini dapat diteruskan.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada mereka yang memerlukan kesan daripada Covid-19 ini, bolehlah menyalurkan sumbangan anda terus ke http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui pindahan wang ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) (12038010134961) atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan:Tabung sumbangan Covid19).[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3160″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3162″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3161″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3163″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor