[vc_row][vc_column][vc_column_text]PELABUHAN KLANG 8 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus komited untuk membantu menyediakan apa jua bentuk bantuan kepada petugas barisan hadapan negara yang berjuang membendung penularan pandemik Covid-19 hari ini.

Penolong Pengurus, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Muhammad Hafiz Bahari berkata, sumbangan makanan asas seperti roti dan air mineral diberikan kepada barisan hadapan perubatan di Klinik Kesihatan Pelabuhan Klang.

“Selain itu, MAIS juga turut menyerahkan sumbangan sebanyak 1,000 topeng muka dan cecair pembasmi kuman bagi memastikan semua petugas barisan hadapan, tidak mudah dijangkiti virus berbahaya itu ketika menjalankan tugas,” katanya.

Menurutnya lagi, bantuan ini diadakan bertujuan bagi menghargai peranan petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik Covid-19 sejak 18 Mac yang lalu.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan kepada Dr. Shanti Mullai yang mewakili Klinik Kesihatan Pelabuhan, Klang.

Sehingga kini, jumlah agihan menerusi Tabung Prihatin Covid-19 MAIS adalah sebanyak RM73,350.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui pindahan wang ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (12038010134961) atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan: Tabung Sumbangan Covid19).[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3186″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor