[vc_row][vc_column][vc_column_text]GOMBAK 8 April – Melihat mereka gembira menerima bantuan yang dihulurkan ini memang menyentuh perasaan. Walaupun kami hanyalah penghubung antara penyumbang dan penerima, tetapi dapat membantu mereka yang kekurangan bekalan makanan ini dirasakan satu tanggungjawab.

Sebanyak tujuh buat tahfiz telah kami salurkan bantuan makanan kering seperti beras, tepung, bihun, kicap, susu dan gula bagi memastikan bekalan makanan mereka sentiasa ada.

Tujuh buah tahfiz yang telah menerima bantuan hasil daripada Tabung Prihatin Covid-19 Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ini ialah Maahad Tahfiz Darul Quran Aisyah Humaira’ Kapar, Maahad Tahfiz Riyad Adduafa Wal Masakin (Madrasah Ar-Riyad), Subang Bestari, Pondok Moden Darusslam, Sijangkang.

Turut menerima bantuan Maahad RIMAJ, Bandar Baru Bangi, Maahad Tahfiz INSTAQLIM, Hulu Langat, Maahad Tahfiz Lil Aytam, Kuang dan Maahd Tahfiz Darul Quran PITAS, Batu Cave Gombak.

Ya, mereka gembira dan tidak henti mengucapkan syukur atas bantuan ini.

Sebelum ini, bantuan telah disalurkan bagi membantu rumah anak yatim yang terjejas, 100 keluarga putus makanan di pangsapuri Ken Rimba Shah Alam, penghuni Darul Islah Rohingnya Academy Ampang dan keluarga pesakit Covid-19.

Bantuan turut disalurkan kepada klinik kesihatan, hospital, Ibu Pejabat Polis dan pelbagai lagi barisan hadapan dan mereka yang terjejas akibat Covid-19.

Terima kasih atas sumbangan sahabat semua kepada Tabung Perihatin Covid-19 MAIS. Sumbangan anda telah membantu mereka yang amat memerlukan.

Kepada yang turut sama ingin menyumbang boleh terus ke link http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php

Atau secara pindahan wang ke no. akaun 12038010134961, *Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan: Tabung Sumbangan Covid19).

Sumbangan anda boleh mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 no. rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6 5621 dan no. Warta Kerajaan 14369 bertarikh 27.07.2004.

Semoga sumbangan dan keprihatinan anda memberikan sumbangan, akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3179″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3180″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3181″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3182″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor