[vc_row][vc_column][vc_column_text]KLANG 10 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui anak syarikatnya iaitu Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah memberikan bantuan dan sumbangan set makanan asas kepada 16 ahli keluarga pesakit Covid-19 hari ini.

Bantuan set makanan seperti beras,minyak, susu pekat, susu cair, gula, garam dan tepung telah diberikan kepada keluarga pesakit dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Klang.

Terdahulu, YIDE dan PKD, Klang telah mengagihkan set makanan asas kepada 20 ahli keluarga pesakit yang didapati positif wabak Covid-19.

Sehingga kini, kawasan daerah Klang telah mencatatkan 157 kes penularan Covid-19 dan YIDE akan mengagihkan bekalan makanan asas kepada ahli keluarga pesakit secara berperingkat.

Menerusi bantuan ini, MAIS telah memberi tumpuan penuh kepada isi rumah yang terjejas teruk akibat Covid-19 terutamanya sejurus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18 Mac yang lalu.

Pihak MAIS mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia yang masih menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada Tabung Prihatin Covid-19 MAIS sejak ia dilancarkan pada 21 Mac yang lalu.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada mereka yang memerlukan kesan daripada Covid-19 ini, bolehlah menyalurkan sumbangan anda terus ke http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui pindahan wang ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) (12038010134961) atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan:Tabung Sumbangan Covid19).[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3194″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3195″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor