[vc_row][vc_column][vc_column_text]13 April 2020 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama anak syarikatnya Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengedarkan 1500 Mahabbah Face Shield untuk petugas-petugas di Hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah yang terpilih.

Hospital yang terlibat ialah Hospital Selayang, Hospital Banting, Hospital Kajang dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

Setiap hospital menerima sejumlah 375 keping Face Shield yang amat diperlukan sekarang dalam usaha mereka mencegah daripada wabak Covid-19 semasa menjalankan tugas. Lebih menarik Face Shield yang diedarkan ini adalah hasil buatan tangan daripada wakil anak-anak yatim terpilih di Negeri Selangor. Inilah antara hasil daripada sumbangan Tabung Prihatin Covid-19 MAIS. Hasil sumbangan kami salurkan terus kepada mereka yang memerlukan.

Bagi wakil Hospital Selayang, mereka mengucapkan berbanyak terima kasih, di mana Face Shield ini dapat digunakan bagi barisan hadapan semasa membuat saringan Covid-19.

Manakala bagi wakil Hospital Banting pula, turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama MAIS dan penyumbang. “Sekurang-kurangnya dengan sokongan ini dapat mengurangkan perasaan lelah dan letih terutamanya dalam berjuang dalam menangani Covid-19 ini,” katanya.

Menurut Dr. Ahmad Shahir Mahktar Setiausaha MAIS, yang bersama membuat pengedaran terus ke Hospital Banting dan Selayang, beliau mengucapkan syukur kerana MAIS dan YIDE serta penyumbang dapat turut sama membantu pihak hospital yang memerlukan bantuan.

“Alhamdulillah sebanyak 1,500 Face Shield dihasilkan hasil kerja tangan anak-anak yatim dan ia berjaya diedarkan kepada hospital yang amat memerlukan. Terima kasih kepada YIDE dan semua pihak yang turut sama membantu dalam pelaksanaan usaha ini,” ujarnya.

Turut hadir ialah Dr. Farid Ravi bin Abdullah Anggota MAIS yang bersama membuat penyerahan Face Shield di Hospital Kajang dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

Diharapkan dengan penyerahan ini dapat membantu sedikit sebanyak petugas-petugas barisan hadapan terutama di Hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah dalam memerangi Covid19. Terima kasih kepada penyumbang Tabung Prihatin Covid-19 MAIS.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3206″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3208″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3207″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3209″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor