[vc_row][vc_column][vc_column_text]AMPANG 11 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bekerjasama membantu bagi menjayakan program #musaadahcovid19 dengan mengedarkan makanan kepada penduduk flat kos rendah, Taman Kosas, Ampang hari ini.

Ketua Audit Dalam MAIS, Zaharuddin Salim berkata, MAIS amat prihatin dengan nasib golongan berkenaan yang turut terjejas teruk akibat penularan Covid-19 selain memastikan kebajikan golongan itu, tidak terabai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Walaupun mata pencarian mereka tergendala, tetapi ketabahan dan kesungguhan mereka dalam mematuhi PKP ini amat kita hargai dan kita meminta mereka untuk terus bersabar, mudah-mudahan isu Covid-19 akan dapat diselesaikan, InsyaAllah,” katanya.

Menerusi program ini, bantuan makanan telah disumbangkan oleh Syarikat QSR Brands yang terdiri daripada makanan KFC, Pizza Hut dan Ayamas. Sumbangan ini telah disampaikan oleh YB Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ia adalah antara usaha MAIS yang saling bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam usaha membantu mereka yang memerlukan akibat penularan Covid-19.

Turut hadir dalam program penyerahan sumbangan ini adalah Tuan Haji Ruslan Said, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

Program ini anjuran Syarikat QSR Brands dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), JAWHAR, MAIS, Lembaga Zakat Selangor serta Pertubuhan Belia Girl2Leader Malaysia.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3199″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3200″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3201″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor