[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 16 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah menyampaikan 146 set bekalan makanan kering kepada penghuni Rumah Pemulihan Al Riqab. Jumlah keseluruhan sumbangan adalah sebanyak RM7,300.00.

Rumah Pemulihan Al Riqab yang terlibat ialah Rumah Penjagaan Damai dan Madrasah Darussolihin. Kedua-dua buah rumah ini terletak di Jalan Kebun, Shah Alam.

Bantuan bekalan makanan ini telah disampaikan oleh YB Tuan Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Anggota MAIS yang turut meluangkan masa untuk melihat situasi agihan sumbangan dan keadaan penghuni di kedua-dua rumah tersebut.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak MAIS dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) yang membantu penduduk terjejas terutamanya penghuni Rumah Penjagaan ini.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu mereka untuk hidup dengan lebih baik dan selesa. Terima kasih kepada pihak MAIS dan TERAS kerana cepat bertindak,” ujarnya.

Bantuan makanan kering telah diagihkan dengan pecahan 56 set untuk Rumah Penjagaan Damai dan 90 set untuk Madrasah Darussolihin.

Bantuan yang disalurkan ini adalah hasil sumbangan Tabung Prihatin Covid-19 MAIS. Orang ramai digalakkan untuk terus menderma di Tabung Prihatin Covid-19 MAIS bagi sama-sama membantu petugas barisan hadapan serta golongan yang masih memerlukan bantuan.

Untuk sumbangan boleh terus layari link ini: http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php⁣

Atau secara pindahan wang ke no. akaun 12038010134961, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan: Tabung Sumbangan Covid-19).⁣

Sumbangan anda akan mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 no. rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6 5621 dan no. Warta Kerajaan 14369 bertarikh 27.07.2004. ⁣

Semoga sumbangan anda dan keprihatinan anda ini akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3224″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3226″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3225″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3227″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor