[vc_row][vc_column][vc_column_text]HULU LANGAT 14 April – Alhamdulillah, hari ini Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama anak syarikat MAIS iaitu Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) telah menyerahkan bantuan makanan asas kepada penduduk di Sg. Lui, Maahad Tahfiz Sg. Lui dan Maahad Tarbiah Islam Assofa, Pangsun.

Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS turut serta dalam pengedaran sumbangan bantuan kali ini. Sebanyak 389 set makanan asas yang terdiri daripada beras, bihun, tepung gandum, kicap, susu pekat dan gula bernilai keseluruhan RM19,450 telah diserahkan kepada penerima yang layak.

Menurut Dr Ahmad Shahir, beliau amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penyempurnaan edaran bantuan ini terutamanya kepada pihak penyumbang dan penerima.

“Alhamdulillah hari ini, MAIS dapat menyampaikan bantuan makanan asas kepada 269 keluarga penduduk dan 120 pelajar Tahfiz. Terima kasih kepada pihak penguatkuasa dan pejabat daerah yang sudi menerima kunjungan dan sumbangan daripada kami,” ujar beliau.

Bantuan yang disalurkan ini adalah hasil daripada kutipan Tabung Prihatin Covid-19 MAIS yang disumbangkan oleh orang ramai.

Turut serta dalam penyampaian bantuan kali ini ialah Syarikat QSR Brands yang membuat sumbangan set makanan Pizza Hut. Set ini diberikan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus dalam memerangi wabak Covid-19.

Hadir sama dalam pengedaran bantuan kali ini wakil Pegawai Daerah Hulu Langat, Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar YIDE dan Mohd Hasnul Redza Abd Rahim, Pengurus Besar TERAS.

Terima kasih kepada penyumbang yang telah membantu MAIS dalam menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3216″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3218″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3217″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3219″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor