[vc_row][vc_column][vc_column_text]21 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) hari ini telah menyampaikan pelbagai bantuan kepada petugas barisan hadapan serta pegawai di rumah pemulihan Riqab iaitu Baitul Ehsan, Baitul Iman dan Baitul Islah.

Bantuan yang disampaikan adalah dalam bentuk makanan ringan dan Personal Protective Equipment (PPE) telah disempurnakan penyampaiannya oleh Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS yang turut meluangkan masa untuk melihat situasi agihan sumbangan dan keadaan pelatih-pelatih di rumah pemulihan Riqab MAIS.

Seramai 278 orang telah menerima bantuan ini.

Dalam masa yang sama Setiausaha MAIS turut melawati petugas-petugas di Pusat Dialisis di bawah seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). Pusat Dialisis yang terlibat ialah Pusat Dialisis Kuala Selangor dan Pusat Dialisis Sungai Besar.

Setiausaha MAIS juga berbesar hati menyampaikan set makanan kepada petugas-petugas di sekatan jalan raya.

Bantuan yang disalurkan ini adalah hasil daripada kutipan Tabung Prihatin Covid-19 MAIS.

Sementara itu, QSR Brands turut serta dalam penyampaian sumbangan kali ini. Mereka menyumbangkan sebanyak 300 set personal pizza.

Orang ramai digalakkan untuk terus menderma di Tabung Prihatin Covid-19 MAIS untuk sama-sama membantu petugas barisan hadapan serta golongan-golongan yang masih memerlukan bantuan.

Untuk sumbangan boleh terus layari link ini: http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php⁣

Atau secara pindahan wang ke no. akaun 12038010134961, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan: Tabung Sumbangan Covid-19).⁣

Sumbangan anda akan mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 no. rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6 5621 dan no. Warta Kerajaan 14369 bertarikh 27.07.2004. ⁣

Semoga sumbangan anda dan keprihatinan anda ini akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3276″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3278″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3277″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3279″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor