[vc_row][vc_column][vc_column_text]KLANG 21 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyampaikan 100 set bekalan makanan asas kepada keluarga yang terputus bekalan makanan di sekitar Klang Selangor..

Daripada jumlah itu, sebanyak 52 keluarga di Bukit Naga dan 48 keluarga di Kampung Jawa, Klang telah dibantu oleh MAIS dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd (TERAS) dan Adab Youth Garage (AYG).

Bantuan berupa makanan asas antaranya beras, minyak, gula, susu pekat, tepung dan bihun telah diberikan kepada keluarga yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bantuan keseluruhan bekalan makanan ini bernilai RM5,000 itu disampaikan oleh Anggota MAIS, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada penyumbang Tabung Prihatin Covid-19 MAIS dan kepada pihak MAIS sendiri atas sumbangan bantuan kepada penduduk DUN Sg Kandis.

“Pada hari ini, sebanyak 100 pek makanan asas dapat disalurkan kepada penduduk Bukit Naga dan Kg Jawa Klang.

“Saya menyeru kepada orang ramai agar teruskan menyumbang ke Tabung Prihatin Covid-19 MAIS agar kita dapat bersama-sama membantu keluarga yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, bagi Pengasas AYG, M. Nizam Samsuddin berkata, sumbangan dari pihak MAIS ini amat mambantu pihaknya selaku NGO yang banyak menerima maklumat mereka yang memerlukan.

“PKP menyebabkan ada masyarakat yang terputus bekalan makanan. Mereka menghubungi pihak kami dan ada yang menangis kerana tiada makanan. Alhamdulilah hasil daripada bantuan MAIS ini, dapat kami salurkan kepada pihak yang amat memerlukan,” katanya.

Menurut salah seorang penerima bantuan, Mohd Nizam Omar, 63 berkata, beliau sangat bersyukur dengan bantuan yang diterima dan mengucapkan terima kasih kepada pihak MAIS dan penyumbang Tabung Prihatin Covid-19 MAIS.

Turut serta dalam penyampaian bantuan itu adalah Ketua Audit Dalam MAIS, Zaharuddin Salim.

Sehingga kini, MAIS telah mengagihkan hasil kutipan Tabung Prihatin Covid-19 MAIS berjumlah RM122,915 kepada mereka yang memerlukan termasuk barisan hadapan.

Orang ramai ingin menyumbang boleh terus ke link http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui pindahan wang ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) (12038010134961) atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan:Tabung sumbangan Covid19).[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3269″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3271″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3270″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3272″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor