PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS TURUT SERTA BERSAMA YIDE DALAM PENYERAHAN SUMBANGAN QSR BRANDS KEPADA 10 BUAH RUMAH ANAK YATIM


23 April 2020 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) turut serta bersama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd mengagihkan sumbangan makanan ringan sumbangan daripada Syarikat QSR Brands kepada 10 buah rumah anak yatim sekitar Negeri Selangor.

Antara rumah anak yatim yang terlibat ialah Rumah Bakti Al Kausar, Rumah Anak Yatim dan Hidayah Al Hijrah serta Rumah Jalinan Kasih.

Dalam penyampaian ini YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS juga memanjatkan rasa syukur di atas sumbangan yang disampaikan kepada rumah-rumah anak yatim ini.

Turut hadir dalam program ini ialah En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE dan En. Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim, Pengurus Besar TERAS.

Pihak MAIS turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat QSR Brands yang juga telah memberi sumbangan untuk diagihkan kepada anak-anak yatim yang terpilih di sekitar negeri Selangor.

Berita MAIS

Comments are disabled.