[vc_row][vc_column][vc_column_text]KLANG 29 April – Mereka juga adalah barisan hadapan. Bertugas menguruskan Baitul Hasanah iaitu asrama anak asnaf fakir miskin, Baitus Salam iaitu rumah perlindungan muallaf dan Bait al-Mawaddah iaitu penempatan warga emas di bawah Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

Sebagai tanda sokongan terhadap komitmen mereka, Setiausaha MAIS, Tn Hj. Dr. Ahmad Shahir Makhtar bersama beberapa pengurusan tertinggi MAIS menziarahi dan menyampaikan sumbangan sebanyak 150 set makanan ringan iaitu kurma, air kotak dan juga roti kepada petugas dan juga penghuni di sini hari ini.

Sambil bertanya khabar, Dr Ahmad Shahir memberikan kata-kata semangat dan penghargaan terhadap perjuang barisan hadapan ini.

“Program ini adalah bagi memberikan motivasi untuk mereka yang bertugas di kala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan di kala bulan Ramadan. Mereka berjuang demi agama, bangsa dan negara serta sebagai tanggungjawab kepada MAIS dan LZS. Di kala ada yang berada di rumah, namun mereka sebagai barisan hadapan terus bertugas.

Saya mewakili MAIS mengucapkan tahniah kepada barisan hadapan ini. Semoga mereka diberikan kekutan dan terus bersemangat untuk membantu ummah,” ujarnya.

En. Md Yusmizan Yusuf, Ketua Jabatan Pengurusan Institusi, LZS, mengucapkan terima kasih atas kunjungan pihak MAIS ini dan sangat menghargai kunjungan dan sumbangan yang telah diberikan.

Agihan sumbangan kali ini, adalah untuk petugas barisan hadapan dan penghuni di institusi ini.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3295″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3297″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3296″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3298″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor