[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 4 Mei – Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS) akan memulakan operasi yang melibatkan perjumpaan dengan pelanggan melalui JANJI TEMU sahaja bermula esok hingga 31 Mei 2020 selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa pada hari ini.

Pelanggan yang ingin mendapatkan tarikh janji temu bagi perkhidmatan yang telah ditetapkan, bolehlah berbuat demikian bermula pada 5 Mei 2020 (Selasa) mulai 9.00 Pagi – 2.00 Petang untuk mendapatkan tarikh dan masa janji temu di MAIS.

Hanya pelanggan yang mempunyai janji temu sahaja yang dibenarkan berurusan di premis MAIS dalam usaha mematuhi PKPB yang ditetapkan dan hendaklah mematuhi langkah pencegahan Covid-19 semasa berurusan di MAIS.

Berikut adalah perkhidmatan MAIS yang disediakan sepanjang tempoh PKPB beserta nombor telefon untuk dihubungi:

– Pengurusan Wasiat, Hibah, Harta Pusaka dengan perkara berkaitan Baitulmal (019-2647637 / 019-3830032 / 019-2661404 / 03-55143772 / 3773)

– Sewaan Hartanah (019-2302040 / 019-2640631 / 03-55142187)

– Bahagian Pendaftaran Muallaf (014-3245146 / 03-33614000)

– Bahagian Pemulihan Ar-Riqab (019-2646277 / 03-33614088)

– Bahagian Kewangan (019 666 4123 / 03-55143753 / 03-55153741)

Untuk info lebih lanjut boleh hubungi Bahagian Komunikasi Korporat MAIS di talian 03-55143752 atau orang ramai amat digalakkan berurusan melalui perkhidmatan atas talian menerusi laman web mais di www.mais.gov.my.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor