PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS SALURKAN RM742 RIBU BANTU 7,420 ANAK YATIM RAI IDULFITRI


SHAH ALAM 6 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memperuntukkan sumbangan Idulfitri berjumlah RM742 ribu kepada anak yatim di sembilan daerah di negeri ini yang berdaftar di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Sumbangan Idulfitri yang diagihkan kepada anak yatim tahun ini, dikreditkan terus ke akaun anak yatim atau penjaga, berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini yang disampaikan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dalam satu majlis keraian.

Seramai 7,420 orang penerima anak yatim akan mendapat sumbangan Idulfitri berjumlah RM100 setiap seorang secara berperingkat selewat-lewatnya 8 Mei ini.

Bilangan anak yatim berdaftar adalah Klang seramai 1,288, Petaling (1,267), Sabak Bernam (400), Kuala Selangor (763), Hulu Langat (1,179), Sepang (330), Gombak (1,121), Hulu Selangor (543) dan Kuala Langat seramai 529.

Kepada mereka yang ingin sama membantu anak-anak yatim bolehlah menyalurkan sumbangan terus ke http://fpx.mais.gov.my/epay/say.php.

.

Berita MAIS

Comments are disabled.