[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 6 MEI  – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) telah mengagihkan sumbangan makanan kering kepada rumah-rumah pemulihan al Riqab sekitar daerah Klang dan Petaling.

Sumbangan makanan kering ini diberikan kepada rumah-rumah pemulihan al Riqab dalam membantu meringankan beban di dalam bulan Ramadhan serta bulan Syawal yang bakal tiba. Jumlah keseluruhan sumbangan yang telah diagihkan pada hari ini adalah sebanyak 210 set iaitu RM12,600.00. Sumbangan juga menggunakan peruntukan asnaf riqab yang telah ditetapkan bersama Lembaga Zakat Selangor.

Dalam pada masa yang sama, YB Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Anggota MAIS juga turut hadir menyampaikan sumbangan di Rumah Pemulihan Riqab Darul Wardah, Shah Alam.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan MAIS yang telah banyak membantu rumah pemulihan al Riqab yang kurang mendapat bantuan atau terkesan dalam tempoh PKP ini.” katanya

Pegawai yang hadir dalam penyerahan agihan sumbangan pada kali ini ialah Encik Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS dan Puan Norraini Nordin, Pengarah Penyelidikan dan Perancangan Strategik. Turut hadir juga ialah Encik Hasnul Redza Abdul Rahim, Pengurus Besar TERAS.

Rumah-rumah pemulihan al Riqab yang terlibat adalah Rumah Hidayah Insani, Pertubuhan Usrah Fitrah, Rumah Puteri Arafiah, Darul Wardah, Rumah Penjagaan Damai dan Darul Ukhuwah.

MAIS akan meneruskan agihan sumbangan ini kepada rumah-rumah pemulihan al Riqab di daerah-daerah yang lain di sekitar Negeri Selangor bermula 6 Mei ini.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3317″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3319″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3318″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3320″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor