[vc_row][vc_column][vc_column_text]HULU LANGAT 14 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini tampil mengagihkan bantuan ramadhan berupa makanan kering kepada penghuni Rumah Pemulihan Al-Riqab sekitar Hulu Langat bagi menghadapi ibadah puasa pada ramadhan kali ini.

Rumah pemulihan terbabit adalah Rumah Bela Insan, Rumah Bayt Rahmah, Rumah Solehah, Rumah Sahabat, Rumah Sahabat PERKID, Rumah Kebajikan PERKID dan Rumah PINTAS.

Sebanyak 210 set bekalan makanan kering bernilai keseluruhan RM12,600 itu, disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.

Menurut Suhaimi, bantuan yang diberikan bertujuan meringankan bebanan yang dihadapi oleh penghuni rumah pemulihan Al-Riqab dan seterusnya sebagai persiapan menyambut Idulfitri.

“Bantuan berupa makanan asas antaranya beras, minyak masak, gula telah diberikan kepada rumah pemulihan di sekitar daerah Hulu Langat,” katanya.

Menurut salah seorang wakil dari Rumah Bela Insan, Mohd Zaharin Mohd Nor berkata, bantuan makanan yang diterima dapat meringankan bebanan lebih-lebih lagi di musim PKPB.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada MAIS, TERAS dan pembayar zakat yang tampil menghulurkan sumbangan kepada pihak kami,” katanya.

Bantuan makanan yang menggunakan peruntukan asnaf riqab melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini, mendapat kerjasama oleh Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd (TERAS), anak syarikat MAIS.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3454″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3450″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3449″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3452″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor