[vc_row][vc_column][vc_column_text]PAYA JARAS 18 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) hari ini, tampil mengagihkan sumbangan juadah berbuka puasa berupa 1,000 bungkusan bubur lambuk kepada 9 buah rumah anak yatim dan 13 buah rumah pemulihan al-riqab di sekitar Selangor.

Sumbangan bubur lambuk kali ini lebih istimewa apabila turut mendapat kerjasama syarikat QSR Brands (M) Holdings Bhd dan ADAB Youth Garrage (AYG) yang turut tampil membantu dan menyerahkan sumbangan kepada penerima rumah terbabit.

Selain sumbangan bubur lambuk, MAIS juga menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah keseluruhan RM4,400, hasil daripada duit kutipan Tabung Prihatin Covid-19 MAIS.

Menariknya lagi, Syarikat QSR Brands (M) Holdings Bhd turut menginfaqkan sebanyak 44 kotak berupa ayam mentah untuk diagihkan kepada penerima sumbangan.

Program ini diadakan bertujuan untuk membantu meringankan beban dan menambahkan keceriaan anak-anak yatim dan asnaf riqab dalam menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan serta sebagai persiapan menyambut kedatangan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Sumbangan disampaikan oleh Dr. Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS. Turut hadir dalam penyampaian sumbangan adalah Datuk Haji Mustafha Abdul Razak, Pengerusi, Majlis Penasihat Syariah QSR Brands (M) Holdings Bhd.

Antara rumah anak yatim yang menerima sumbangan adalah Rumah Kasih Harmoni, Rumah Nor Barakah dan Rumah Anak Yatim Al-Faiz.

Bagi asnaf riqab, antara penerima sumbangan adalah Rumah Astana Budi, Rumah Penawar, Rumah Puteri Arafiah, Rumah Darul Wardah, Rumah Saffiyah, Rumah Darul Ukhwah, Rumah Astana Budi, Rumah Raudhatus Sakinah dan PERKID Hulu Langat.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3529″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3531″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3530″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3532″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor