PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS BANTU 134 PENYEWA PREMIS/TANAH DENGAN MENGECUALIKAN SEWAAN BAGI BULAN APRIL BERJUMLAH RM518 RIBU


SHAH ALAM 19 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memberi kelonggaran dengan mengecualikan pembayaran sewaan bagi bulan April 2020 kepada penyewa-penyewa premis/tanah MAIS yang terdiri daripada peniaga runcit/peniaga Industri Kecil dan Sederhana berikutan penularan wabak COVID-19.

Inisiatif ini diambil seiring dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu penyewa-penyewa yang terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebanyak 134 individu/syarikat yang terlibat dan dikenalpasti dengan pengecualian sewaan bulan April ini. Jumlah keseluruhan sewaan ini melibatkan hampir RM518,248.50.

Pihak MAIS berharap dengan pengecualian sewaan ini dapat meringankan beban mereka terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana yang terjejas hasil pendapatan akibat daripada pelaksanaan PKP.

Untuk makluman, MAIS menyediakan perkhidmatan sewaan rumah kediaman, ruang pejabat/lot kedai di kawasan yang strategik dan tanah kosong untuk tujuan komersial atau pertanian. Sebarang pertanyaan berhubung sewaan hartanah, boleh hubungi En. Zare bin Dalugamin di talian 019-2302040 atau En. Arzlan bin Mokhtar di talian 019-264 0631.

Berita MAIS

Comments are disabled.