[vc_row][vc_column][vc_column_text]KLANG 1 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) terus membantu kepada pihak yang memerlukan dalam menangani pandemik koronavirus (Covid-19) dengan menyalurkan sumbangan topeng muka kepada Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Dr. Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS. “Alhamdulillah, pada hari ini MAIS menyerahkan 300 kotak topeng muka kepada Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) dengan nilai keseluruhan RM18,000.

”Sumbangan ini menggunakan hasil kutipan daripada Tabung Prihatin Covid-19 MAIS kepada guru-guru dan pelajar-pelajar Tahfiz di Selangor sebagai persediaan menjelangnya pembukaan sekolah,” katanya.

Menurut Ahmad Shahir lagi, sumbangan topeng muka ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka mengelak daripada terkena jangkitan.

Sementara itu, Pengerusi PITAS, Ustaz Muhammad Hafiz Haneefe mengucapkan terima kasih kepada MAIS dan YIDE atas sumbangan ini.

“Terima kasih juga kepada penyumbang Tabung Prihatin Covid-19 MAIS, mudah-mudahan kita akan manfaatkan sumbangan ini untuk kegunaan guru-guru dan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz di Negeri Selangor,” katanya.

Turut hadir, Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar YIDE dan Md Ariffin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3591″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3592″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3593″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3594″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor