PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

KELUARGA TINGGAL DI RUMAH USANG DISIAR DI BULETIN TV3 ADALAH PENERIMA BANTUAN ZAKAT


HULU SELANGOR 6 Jun – Lembaga Zakat Selangor (MAIS) prihatin dengan kisah pakcik Mohd Lazim Ismail, 74 tahun dan isterinya Fatimah Mat Rani, 64 tahun yang menghuni rumah usang di dalam Estet Sungai Remok, Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor seperti tersiar di Buletin Utama, TV3.

Untuk info, pasangan ini merupakan asnaf yang telah disantuni oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS) sejak 2016 lagi. Di antara bantuan yang diterima termasuklah

1. Bantuan Kewangan Bulanan
2. Bantuan Makanan Bulanan
3. Bantuan Hari Raya

Untuk makluman, tanah yang diduduki oleh pasangan ini adalah milik perseorangan dan mereka hanya menumpang sahaja di tanah tersebut. Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah beberapa kali menawarkan agar pasangan ini dipindahkan ke rumah yang lebih baik namun mereka menolak dan lebih selesa menetap di situ.

Pasangan ini tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Mereka hanya membuat kerja-kerja kampung untuk mendapat sumber pendapatan seperti memelihara ayam, bercucuk tanam dan menjualnya kepada jiran-jiran.

Kebajikan mereka sentiasa dipantau oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan Penolong Amil Kariah dari semasa ke semasa.

Kita doakan semoga Pakcik Lazim dan Makcik Fatimah ini terus diberi kesihatan yang baik.

Berita MAIS

Comments are disabled.