[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 5 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menghulurkan sumbangan bantuan berjumlah RM88,800.00 kepada peniaga-peniaga kecil bukan asnaf di Negeri Selangor berikutan penularan wabak COVID-19 dan terjejas punca pendapatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 296 peniaga-peniaga kecil bukan asnaf telah dikenalpasti, menerima sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM300.00 setiap seorang. Agihan sumbangan ini telah dilaksanakan oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), iaitu anak syarikat MAIS. Pembayaran sumbangan ini telah selesai dikreditkan ke dalam setiap akaun penerima masing-masing.

Kelayakan bagi penerima bantuan ini adalah peniaga-peniaga kecil yang bukan asnaf di bawah kategori B40. Bantuan yang disalurkan ini adalah hasil daripada Tabung Prihatin COVID-19 MAIS.

Pihak MAIS berharap dengan bantuan yang telah disalurkan ini, dapat meringankan beban mereka terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil yang terkesan dan hilang punca pendapatan akibat pelaksanaan PKP.

Pihak MAIS juga turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai terutama kepada penyumbang Tabung Prihatin COVID-19 MAIS dalam menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan semoga sumbangan yang diberikan ini akan mendapat ganjaran oleh Allah SWT.

Kredit gambar: Utusan Borneo Online[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor