SHAH ALAM 12 Jun – Mulai 15 Jun, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan beroperasi seperti biasa.
Waktu urusan bagi hari Isnin hingga Jumaat adalah 8.30 pagi-4.30 petang. Manakala waktu rehat adalah pada jam 1.00 tengahari- 2.00 petang bagi hari Isnin hingga Khamis dan 12.15 tengahari -2.45 petang bagi hari Jumaat.
MAIS amat menghargai sokongan dan mengalu-alukan kedatangan orang ramai yang ingin menyelesaikan pelbagai urusan bersama MAIS.
Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh MAIS, bolehlah melayari laman web rasmi di www.mais.gov.my.