[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 16 Jun – Kerajaan Negeri Selangor melalui portfolio Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM150,000.00 kepada rumah perlindungan dan pemulihan di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Mohd Khairuddin Othman, Exco Pembangunan Generasi Belia & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Sebanyak 30 buah rumah perlindungan dan pemulihan di MAIS telah menerima sumbangan dan setiap sebuah rumah menerima cek bernilai RM5,000.00.

“Program ini dapat mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Kerajaan Negeri Selangor dan MAIS bagi menangani masalah sosial di negeri ini selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor iaitu Negeri Smart and Caring (SAC).” ujarnya.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Ustazah Hafizahtul Akmal binti Abdul Jalil, Pengurus Pemulihan al Riqab dan Encik Muhamad Faiz bin Mohamed Yusof, Ketua Penolong Setiausaha (Bahagian Dasar), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Antara rumah perlindungan dan pemulihan yang menerima sumbangan ialah Pertubuhan Usrah Fitrah, Rumah Penawar, Rumah Kebajikan Bina Budi dan Rumah Bayt Rahmah.

Sumbangan pada hari ini bertujuan untuk membantu pengurusan dan pentadbiran rumah perlindungan dan pemulihan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sehingga 31 Ogos 2020.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3683″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3685″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3684″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor