[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 30 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah melantik 10 orang Pegawai Penyelaras di setiap agensi agama Selangor dan anak syarikat MAIS bagi membantu meningkatkan kualiti pengurusan Mesyuarat MAIS agar menjadi cemerlang dan dinamik.

Pelantikan tersebut berkuatkuasa mulai 30 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020. Pewujudan Pegawai Penyelaras adalah inisiatif Setiausaha MAIS dan Bahagian Kesetiausahaan, MAIS selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 berdasarkan seksyen 16, memberikan kuasa kepada Setiausaha MAIS untuk menjalankan dasar-dasar dan ketetapan-ketetapan MAIS supaya perjalanannya teratur.

Surat pelantikan disampaikan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Bin Makhtar,  Setiausaha MAIS. Antara agensi agama dan anak syarikat MAIS adalah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3767″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3769″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3768″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3770″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor