[vc_row][vc_column][vc_column_text]SEPANG 9 Julai – Prihatin terhadap kejadian musibah yang berlaku ke atas Sekolah Menengah Agama Sungai Merab, Luar Kajang akibat ribut dan angin kencang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menziarahi dan menyampaikan bantuan musibah.

Bantuan musibah ini bertujuan meringankan sedikit beban pihak pengurusan sekolah khususnya apabila berlaku sesuatu bencana.

Bantuan disampaikan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.

Setiausaha MAIS juga turut membuat tinjauan dan lawatan keadaan semasa sekolah terbabit, dan mengucapkan salam takziah kepada pihak pengurusan sekolah.

Pada 6 Julai lalu, beberapa kawasan Kampung Sungai Merab Luar, Kajang rosak akibat dilanda ribut dan angin kencang.

Angin ribut turut merosakkan bumbung sekolah antaranya adalah Sekolah Menengah Agama Sungai Merab, Luar Kajang.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3779″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3780″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor