[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 10 Julai – Mesyuarat Kumpulan Ketua Agensi dan Anak Syarikat MAIS atau singkatannya HOC diadakan agar satu kolaborasi dan aktiviti bersepadu dapat dilaksanakan untuk kesan yang lebih menyeluruh kepada ummah.

Selain itu, turut dibincangkan berkaitan Pelan Rasionalisasi, prestasi Key Performance Indicator (KPI) dan pelaksanaan tadbir urus (Corporate Governance)

Mesyuarat ini diadakan secara berkala yang dipengerusikan oleh Setiausaha MAIS melibatkan hanya Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar dan Rektor setiap agensi dan anak syarikat MAIS.

Mesyuarat kali ini dihadiri YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) , Tn. Haji Saipolyazan bin Mat Yusop Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Ustaz Haji Anuar Hamzah bin Tohar Timb Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Encik Nur Mohd Razali bin Abdullah Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Encik Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim Pengurus Besar Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) dan Encik Mohd Nuri bin Abdul Aziz Pemangku Pengurus Besar Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB).

Mesyuarat pada hari ini turut bertukar-tukar pandangan dalam membincangkan kesan pandemik COVID-19 ke atas perancangan di setiap agensi dan syarikat terutamanya melibatkan kutipan zakat dan wakaf yang memberikan kesan kepada setiap penerima manfaat.

Turut dibincangkan adalah pendekatan yang diambil oleh KUIS dalam menangani kesan COVID-19 terhadap pengajian dan pembelajaran pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di sepanjang tempoh PKPP dikuatkuasakan.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3801″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3802″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor