PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS PERKASA PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN KAWAL SELIA PEGUAM SYARIE


SHAH ALAM 19 Julai – Dalam usaha memperkasa pengurusan pentadbiran dan kawal selia Peguam Syarie yang diterima masuk oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), satu bengkel khas telah diadakan baru-baru ini.

Bengkel yang dinamakan Pindaan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008 antara lain bertujuan untuk menambah baik pengurusan pentadbiran melalui pindaan terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008.

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar telah mempengerusikan bengkel ini yang turut dihadiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Ketua Pendaftar JAKESS, Penolong Penasihat Undang-Undang Syariah Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Penasihat Undang-undang MAIS, wakil dari Bahagian Undang-undang MAIS dan wakil dari Peguam Syarie.

Dalam bengkel ini juga, Setiausaha MAIS turut berkongsi dasar-dasar terkini MAIS mengenai jawatankuasa MAIS untuk diselaraskan dengan keanggotaan Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Selangor.

Diharapkan pindaan kaedah-kaedah tersebut dapat direalisasikan bagi membantu MAIS melalui Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Selangor dalam menguruskan hal ehwal profesion guaman syarie secara lebih profesional dan efektif.

Berita MAIS

Comments are disabled.