[vc_row][vc_column][vc_column_text]KUALA LUMPUR 17 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendekati komuniti transgender dengan menghadiri jemputan program Dialog Mawaddah Bersama Komuniti Disayangi (Transgender) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Seramai 25 orang peserta daripada beberapa NGO Komuniti Hijrah Transgender seperti Persatuan Insaf Pahang, My Hijrah My Adventure, Pertubuhan Hijrah Republique, Darul Modahis Komuniti Disayangi Ipoh serta Usrah Fitrah di bawah seliaan Bahagian Pemulihan Al-Riqab, Majlis Agama Islam Selangor.

MAIS diwakili oleh Ustazah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil, Pengurus Bahagian Pemulihan Al-Riqab. Selain MAIS, antara jemputan yang hadir ialah Dato’ Razali bin Shahabudin, Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia, Ustaz Zuhairee bin Md Yatim, wakil Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Che Khalek, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan. Majlis dialog dikendalikan oleh Tuan Marzuki bin Hassan, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Antara dapatan dialog ini merumuskan supaya isu kebajikan, bimbingan kerohanian dan kesihatan diberikan perhatian, serta pendekatan Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS dalam membimbing komuniti disayangi transgender untuk menjalani kehidupan yang lebih baik yang selari dengan tuntutan Syariat dapat dijadikan model untuk dicontohi.

Pihak JAKIM dan JAWI akan meneliti semua cadangan oleh NGO Komuniti Hijrah Transgender berkenaan dan akan berusaha untuk merealisasikan semua cadangan dan saranan tersebut.

Usaha ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kefahaman komuniti terhadap ajaran Islam.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3879″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3881″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3880″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3882″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor