[vc_row][vc_column][vc_column_text]KLANG 20 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, 20 Julai menerima lawatan dari Bahagian Penyelaras Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Syariah, JAKIM.

Delegasi diketuai oleh Tn Hj Mohd Ansarullah M. Hashim, Pengarah Bahagian, bertujuan berkongsi Pelaksanaan Modul Akidah iaitu modul Istitabah MAIS (kaedah proses bertaubat) yang telah dilaksanakan di MAIS sejak tahun 2016.

MAIS diketui Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS mengalu-alukan kehadiran delegasi dari JAKIM ini.

“Mudah-mudahan kita dapat berkongsi percambahan idea bagi kebaikkan bersama”, ujar beliau.

Beliau turut menjelaskan MAIS mempunyai tiga pusat yang pemulihan iaitu Baitul Iman bagi pemulihan akidah, Baitul Islah bagi pemulihan dadah dan HIV dan Baitul Ehsan bagi pemulihan sosial wanita. Selain pelbagai usaha pemulihan bersama majlis dan 23 NGO yang mempunyai kepakaran masing-masing.

Delegasi turut melawat Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman yang terletak di Hulu Yam Hulu Selangor.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3892″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3893″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor