PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

SURAU AL FIRDAUS, BANTING TERBAKAR – MAIS Ziarah Segera dan Hulur Bantuan


BANTING 20 Julai – Setiausaha MAIS, Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar telah menziarahi Surau Al Firdaus, Banting hari ini berikutan surau tersebut mengalami kebakaran yang berlaku pada 19 Julai.

Kebakaran melibatkan hampir keseluruhan ruang solat utama surau tersebut.

“Sumbangan bersama agensi hal ehwal Islam yang terlibat akan dikumpulkan untuk membantu baik pulih pembangunan surau ini,” ujarnya semasa perbincangan bersama Pengerusi Surau Al Firdaus.

Turut hadir Encik Rosli Penolong Pengarah Unit Pembangunan JAIS, Encik Md Arifin Jaafar Pengurus Operasi YIDE, wakil dari Lembaga Zakat Selangor, PTA PAID Kuala Langat dan Encik Wan Fadzil Wan Yusof Pengurus Bank Islam Cawangan Banting.

Orang ramai yang ingin membantu, bolehlah terus berbuat demikian dengan menghubungi Pengerusi Surau Al Firdaus, Banting Baru.

Berita MAIS

Comments are disabled.