[vc_row][vc_column][vc_column_text]SERENDAH, 3 Ogos – Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS telah mengadakan Program Penghayatan Korban yang melibatkan 17 orang pelatih dan 20 orang petugas serta urusetia.

Program korban lembu sumbangan kerajaan negeri Selangor ini telah dirasmikan oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial.

Program agihan daging korban juga turut diadakan dengan agihan sebanyak 38 kg daging kepada masyarakat orang asli, PERKIM Serendah dan Pusat Serenti Serendah.

Turut diadakan juga ceramah penghayatan ibadah korban yang disampaikan oleh Ustaz Fitri bin Abdullah, Pengerusi PERKIM Cawangan Negeri Selangor.

Program ini diadakan bagi membina jalinan ukhuwah dan kerjasama di kalangan pelatih serta memberi pendedahan tentang kaedah dan penghayatan ibadah korban.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4001″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4002″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor