[vc_row][vc_column][vc_column_text]JUGRA, 4 Ogos  – Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar telah melawat ke tapak kebakaran di Maahad Integrasi Teknologi dan Sains Jugra.

Terdahulu kebakaran yang melibatkan asrama aspuri di kawasan tersebut hampir memusnahkan keseluruhan bilik yang berada di tingkat tiga.

Dalam pada masa yang sama, seramai 131 orang pelajar puteri terselamat dalam kejadian kebakaran di tingkat tiga bangunan maahad tahfiz terbabit.

“MAIS akan berbincang dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor untuk membaik pulih asrama MITS Jugra ini segera demi menjaga kebajikan pelajar-pelajar itu pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah YB Dato’ Dr. Yunus Hairi, Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4008″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4010″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4009″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4011″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor