[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 5 Ogos -Telah berlangsung Seminar Pasca Covid-19: Implikasi, Prioriti dan Strategi anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melibatkan pengurusan tertinggi MAIS, pengurusan tertinggi Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, agensi dan anak syarikat MAIS di sini hari ini, 5 Ogos.

Seminar setengah hari ini dirasmikan oleh Setiausaha MAIS, Dr. Hj Ahmad Shahir Makhtar. Antara lain dalam ucapannya beliau mengingatkan agar semua pihak memberikan sepenuh tanggungjawab dalam membantu dan membangunkan ummah walau dalam susana norma baharu.

Seminar yang dihadiri 60 orang peserta ini menjadi medan informasi terkini dalam menyusun keutamaan dan strategi baru dalam memastikan ummah sentiasa terbela.

Seminar diteruskan dengan perkongsian berkaitan tajuk Pasca Covid19- Implikasi, Prioriti & Strategi oleh Dr. Zulkufli Zakaria, Penasihat Ekonomi dan Korporat kepada Dato’ Menteri Besar.

Kemudian diikuti dengan perkongsian bertajuk Surviving The Low Touch Economy oleh Prof Madya Aimi Zuhazmi bin Abdul Rashid Penganalisis Kewangan dan Ekonomi.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4025″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4027″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4026″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4029″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor