[vc_row][vc_column][vc_column_text]KAJANG, 7 Ogos – “Pengurusan awal harta pusaka dengan mewasiatkan, dapat mengelak pergaduhan atau perebutan harta pusaka antara waris sebagaimana kerap berlaku.

Banyak sebenarnya manfaat penulisan wasiat ini yang patut diambilberat oleh masyarakat,” ujar Ustaz Mohammad Salleh Abd Saha, Ketua Unit Pemasaran, Bahagian Harta Baitulmal MAIS.

Menurut Mohammad Salleh, pihaknya mendapati masih ramai umat Islam yang kurang mengambil berat berkaitan pengurusan harta pusaka dan menganggap perkara itu mudah diselesaikan jika mereka meninggal dunia.

Justeru, katanya ketua keluarga amat digalakkan segera melaksanakan tanggungjawab mewasiatkan harta dimiliki demi keharmonian waris yang bakal ditinggalkan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memberikan ceramah berkaitan pengurusan harta pusaka kepada 500 orang jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang.

Ceramah yang diadakan sebelum solat Jumaat itu, memberikan panduan kepada jemaah berkaitan pengurusan harta pusaka bagi mengelakkan perbalahan dalam kalangan waris.

Rata-rata jemaah memuji perkongsian daripada pihak MAIS ini.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4039″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4040″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor