[vc_row][vc_column][vc_column_text]SABAK BERNAM 13 Ogos – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS menerima kunjungan dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sini hari ini.

Lawatan diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Hanif Naim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, JAINJ bersama 12 ahli delegasi bertujuan berkongsi pengalaman pengurusan dan operasi keseluruhan Baitul Ehsan di Selangor.

Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS merupakan sebuah pusat yang menepatkan wanita yang terlibat dangan gejala sosial dan memerlukan bimbingan bagi proses pemulihan.

Delegasi diberikan taklimat ringkas berkaitan Baitul Ehsan dan turut di bawa melawat ke seluruh Baitul antaranya bilik penghuni, dewan makan, surau dan bengkel aktiviti.

Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan JAINJ dan dapat dimanfaatkan oleh JAINJ bagi pelaksanaan Baitul di tempat mereka.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4057″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4059″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4058″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4060″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor