[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 10 Ogos  – Telah berlangsung ” Perbincangan Lanjutan Hukum Menyambut Perayaan-Perayaan Dan Upacara Kematian Masyarakat Bukan Islam” pada 10 Ogos yang dipengerusikan oleh SS Dato’ Setia Hj Mohd Tamyes Abd Wahid, Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor.

Perbincangan ini adalah untuk merungkai pelbagai kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Perbincangan ini juga sebagai wadah asas serta panduan kepada semua pihak dalam melaksanakan misi dakwah dan memperkenalkan misi keindahan Islam kepada yang belum Islam.

Disamping itu ia boleh menjadi panduan kepada muallaf yang baru memeluk Islam khususnya di Negeri Selangor.

Turut hadir SS Dato’ Dr Hj Anhar Hj Opir, Timbalan Mufti Selangor, Dr. Farid Ravi Abdullah (Anggota MAIS), Bro Shah Kirit Kakulai Govidji (Presiden Global UNITY Network), Dr. Hajjah Adibah Abd Wahab (Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Selangor), Ustazah Sabariah Salleh (Ketua Penolong Pengarah Dakwah JAIS), wakil pegawai MAIS dan Pendaftar Muallaf di Negeri Selangor.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4050″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4052″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4051″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4053″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor