[vc_row][vc_column][vc_column_text]KOTA DAMANSARA 19 Ogos – Alhamdulillah, baru-baru ini, Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS telah mengadakan lawatan mahabbah ke Masjid Kota Damansara.

Lawatan bertujuan untuk mengadakan perbincangan awal bagi melantik Masjid Kota Damansara sebagai salah satu Pusat Pengurusan Pengislaman bagi pihak MAIS.⁣

MAIS diwakili oleh wakil pegawai Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK dan Baitulmal Daerah Petaling disambut baik oleh pengurusan Masjid Kota Damansara.⁣

MAIS telah menyediakan kemudahan Pusat Pengurusan Pengislaman di seluruh Negeri Selangor yang meliputi Ibu Pejabat Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, Pejabat Agama Islam Daerah, Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) dan Masjid-Masjid terpilih bagi memudahkan pengurusan pengislaman di Negeri Selangor.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4085″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4087″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4086″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4088″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor