[vc_row][vc_column][vc_column_text]KLANG 20 Ogos – “Semoga terus istiqamah dalam mengamalkan ajaran Islam yang sebenar,” ujar Dato’ Ali Mohammed, Ahli Jawatankuasa Riqab MAIS semasa merasmikan Hari Kebesaran Islam, Program Awal Muharram 1442H bersama 42 orang komuniti disayangi dikalangan LGBT anjuran Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS.

Menurutnya lagi, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta dikalangan komuniti LGBT tentang hari kebesaran Islam terutama konsep penghijrahan yang lebih baik.

“Tahniah kepada MAIS atas penganjuran program ini yang secara tidak langsung menyantuni dan menerapkan unsur nilai-nilai Islam kepada komuniti yang disayangi ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Dato’ Ali memberitahu, peserta yang hadir didedahkan aktiviti tazkirah agama, solat berjemaah, bacaan Yaasin serta tahlil arwah ahli komuniti, zikir munajat dan ceramah hijrah.

“Program ini diharapkan dapat membantu komuniti terbabit agar kembali kepada pengamalan Islam yang sebenar. Ia juga diharap dapat memberi peluang kepada mereka yang ingin mengikuti program seumpama ini atau mengikuti mana-mana kelas bimbingan agama yang dianjurkan oleh MAIS,”katanya lagi.

Menurut salah seorang peserta yang ditemui berpendapat, beliau memuji usaha MAIS dalam menyantuni komuniti ini dan berharap agar program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4107″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4105″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor