[vc_row][vc_column][vc_column_text]25 Ogos 2020 – Mahkamah Rendah Syariah Sepang telah menjalankan perbicaraan menggunakan Mobile Court Kit di rumah pihak-pihak yang terlibat dalam Kes Permohonan Pengesahan Nikah.

Kes melibatkan kehadiran Pemohon dan Peguam Syarienya, Asrul Amirul Mohd Salwai dari Unit Syariah, Bahagian Undang-undang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan juga Responden.

Perbicaraan yang dilaksanakan ini adalah atas permohonan Pemohon serta dengan kebenaran Hakim Tuan Muhamad Nazri bin Hj Basrawi.

Perbicaraan ini dijalankan atas faktor kesihatan Responden yang merupakan suami kepada Pemohon yang telah mengalami strok akibat masalah darah tinggi.

Usaha ini dilihat dapat membantu masyarakat menyelesaikan masalah mereka walaupun mereka tidak dapat hadir ke mahkamah disebabkan penyakit yang alami.

Matlamat mahkamah dalam membantu masyarakat tetap diutamakan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk anggota polis yang turut hadir dalam menjayakan perbicaaraan hari ini. @ Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4136″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4137″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor