PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAN MENERIMA MENGHADAP PENGERUSI MAIS DAN KETUA-KETUA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR


SHAH ALAM 25 Ogos – DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Pengerusi MAIS, YAD Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi bersama ketua-ketua Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor.

Sembah menghadap bertujuan mewujudkan komunikasi dalaman antara MAIS dan Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Selangor bersama DYMM Sultan Selangor di samping membincangkan perkembangan berkaitan hal ehwal Islam di Selangor.

Selain itu, perbincangan ini juga sebagai medan pelaporan Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Selangor selain menyampaikan sembah taklimat dan perkenan semua keputusan Mesyuarat MAIS terutama berkaitan kuasa kepada DYMM Sultan Selangor.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Selangor yang hadir ialah Setiausaha MAIS, Dr. Hj Ahmad Shahir Makhtar; Timbalan Mufti Selangor, SS Dato’ Dr Anhar Opir; Pengarah JAIS, Tuan Hj Mohd Shahzihan Ahmad; Ketua Hakim Syarie, YAA Dato Mohamad Adib Husain dan Ketua Pendakwa Syarie, Tuan Abu Bakar Mohd Daud.

Berita MAIS

Comments are disabled.