[vc_row][vc_column][vc_column_text]IPOH 3 September  – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan lawatan rasmi ke Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS dan disambut baik oleh YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk.

Tujuan utama lawatan ke MAIPk adalah untuk melihat pembangunan ekonomi, pengurusan strategik, struktur organisasi, pengurusan percukaian dan pengurusan Masjid di peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan, di samping untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

Turut hadir dalam lawatan ini daripada MAIS ialah Pengarah Pengurusan Korporat, Pengarah Kewangan, Pengarah Hartanah, Ketua Audit Dalam dan Pengarah Baitulmal.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4157″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4159″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4158″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4160″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor