[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 9 September –  Alhamdulillah pada hari ini 9 September 2020, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima lawatan dari Persatuan Sayangi Autisme Malaysia.

Lawatan diketuai oleh Dr. Hafiz bin Ibrahim, Pengarah Spectrum Thoughts Therapy Center dan disambut baik oleh Dr Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.

Lawatan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap kanak-kanak keperluan khas selain bekerjasama dengan MAIS dan JAIS dalam program yang bersesuaian.

Turut hadir dalam lawatan ini Pengurus Pembangunan Mualaf dan Pembangunan PIBK MAIS, wakil dari Bahagian Dakwah dan Bahagian Pendidikan Pendidikan Islam JAIS.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan Persatuan Sayangi Autisme Malaysia.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4191″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4192″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4193″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor