[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 15 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan daripada Lembaga Koko Malaysia (LKM) diketuai oleh Puan Azuana Abdul Malek, Akauntan LKM.

Lawatan selama setengah hari ini, bertujuan untuk melihat operasi sistem yang digunapakai oleh MAIS terutama yang melibatkan Sistem Pengurusan Aset dan Sistem Saga (Standard Accounting For Government Agencies).

Perbincangan lawatan dipengerusikan oleh Puan Rohana Hassan, Pengarah Khidmat Pengurusan. Pelbagai persoalan dan buah fikiran dilontarkan sepanjang sesi perbincangan diadakan dan diharapkan perjumpaan seumpama ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan Lembaga Koko Malaysia (LKM).

Antara yang hadir dalam perbincangan ini adalah Encik Nor Faizal bin Paiman, Pengurus Teknologi Maklumat dan Encik Rohaizul bin Mohamed Kholil
Pengurus Kewangan MAIS.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4222″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4224″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4223″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4225″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor