PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS ADAKAN LAWATAN KE SKMM


CYBERJAYA 21 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan lawatan ke Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) diketuai oleh Dr. Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.

Lawatan MAIS disambut mesra oleh Dr. Fadhlullah Suhaimi Abd Malek, Pengarah SKMM dan pegawai-pegawai SKMM.

Lawatan bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan ancaman akidah di media siber dan sosial di samping mewujudkan jalinan kerjasama dengan SKMM bagi menangani pelbagai isu berkaitan agama Islam.

Turut serta dalam lawatan ialah Ketua Pendakwa Syarie Negeri Selangor, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Ketua Pusat Arahan Nadi MAIS.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan dua hala antara MAIS dan SKMM.

Berita MAIS

Comments are disabled.