[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 24 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan daripada MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) diketuai oleh Tuan Faudzi Mat Din, Ketua Pegawai Eksekutif (MAAB).

Kunjungan disambut mesra oleh Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS dan Ustaz Muhammad Fazil Kamarulzaman, Eksekutif Unit Faraid MAIS.

Lawatan bertujuan untuk mengadakan perbincangan terutama bagaimana untuk mengembangkan industri perancangan harta dan menyelesaikan permasalahan harta pusaka umat Islam.

Terima kasih kepada MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) yang telah membuat kunjungan mahabbah ke MAIS.

Semoga kerjasama erat yang lebih padu dan utuh dapat dilaksanakan di masa hadapan.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4402″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor